Monday, August 23, 2010

Hikmah Ramadhan

Perlu diketahui oleh setiap mukmin bahawa Allah memberkati bulan Ramadan kerana terdapat banyaknya kebaikan dan keutamaan di dalam bulan tersebut antaranya:


Dibulan Ramadan terdapat malam Lailatul Qadar. Yang mana dikeranakan oleh malam tersebut maka ibadah seseorang mukmin lebih baik dari beribadah diseribu bulan yang lain atau lebih mulia dari beribadah sepanjang seribu bulan. Keutamaan bulan Ramadan juga ialah apabila Allah Subhanahu wa-Ta'ala memilih malam Lailatul Qadar diturunkan padanya al-Quran untuk membimbing manusia ke jalan hidayah dan kemuliaan.

Orang-orang beriman digalakkan agar berlumba-lumba bangun melakukan amal ibadah dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, kerana bulan ini adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah. Keutamaannya sangat besar sebagaimana digambarkan dalam surah al-Qadar:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ

"Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan".[13]

Malam Lailatul Qadar dijelaskan oleh al-Quran sebagai malam yang di penuhi dengan berkat, rahmat dan fadhilat sebagaimana firman Allah:

اِنَّا اَنْزَلْنَاهُ فِى لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ اِنَّاكُنَّا مُنْذِرِيْنَ ، فِيْهَا يُفْرَقُ كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍ اَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا اِنَّا كُنَّا مُرْسَـلِيْنَ ، رَحْمَةً مِّنْ رَّبِّكَ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ


"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran di malam Lailatul Qadar pada malam yang penuh berkat. Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan (kepada manusia), pada malam (penuh berkat) itu ditetapkan (dijelaskan) semua perkara dari Kami. Kerana sesungguhnya Kami sentiasa mengutus para rasul, sebagai rahmat Allah Tuhan engkau. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Ad-Dukhan, 44:3-6.


Bilakah Malam Lailatlul Qadar?

Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ اْلاوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

"Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Pilihlah (carilah) malam Lailatul Qadar di (pada hari) ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadan".[14]

Imam Syafie rahimahullah berkata:

"Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam setelah ditanya: Apakah kami mencarinya dimalam ini? Baginda menjawab: Carilah dimalam tersebut".[15]

Adapun yang dimaksudkan: "Carilah dimalam tersebut", ia telah diterangkan dari

Ibnu Umar radiallahu 'anhuma beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam "Carilah (malam tersebut) pada sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu janganlah tertinggal tujuh hari yang sisanya".[16]

Bersabda:

Dari Aisyah radiallahu 'anha pula berkata: “Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya di waktu yang lain".[17]

Aisyah radiallahu ‘anhu berkata lagi: “Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam jika telah masuk sepuluh hari terakhir, baginda mengikat kuat kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan isterinya".[18]

0 comments:

Post a Comment